Thursday, 5 March 2015

Assignment 1 (Pengenalan Diri)


Nama aku Muhamad Dzulfiqar Bin Ramli, Aku merupakan anak jati Terengganu, lahir 1994, jangan risau, muda agi. sekarang aku dah sambung pembelajaran ku di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI, jangan sebut UPSI, sebut U.P.S.I). Korang mesti kenal keropok lekor kan? kalau tak kenal JANGAN KAU SUDI MENJEJAKAN KAKI KE TERENGGANU, hahaha, guarau je. Jom melawat Terengganu, kebanyakan tempat masih mengekalkan ciri-ciri tradisonal. aku merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. aku membesar sepenuhnya di pinggir bandaraya Kuala Terengganu, erti kata lain kampung la. tapi kampung aku bukan macam kampung baru tu, kampung aku memang kampung betul, macam dalam movie Melayu, ada sawah padi, main wau, main guli, gasing, still ada kat kampung aku. Klasik kan? Kat tempat aku kurang menerima pengaruh bandar, sebab tu masih ada tradisi lama (membebel panjang pulak).
Zaman sekolah aku agak mencabar, dari satu sekolah ke satu sekolah aku pindah. Persekolahan ku bermula di TABIKA Kampung Kubang Palas, Hulu Terengganu. selepas tu, aku bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu, dekat dengan rumah aku. belum dapat ramai kawan aku dah pndah balik ke Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong. Knela Telemong kat mana? ala, dalam buku sejarah PMR, Haji Abdul Rahman Limbong tu, sekolah aku dekat dengan makam 11 pahlawan yang gugur menentang kekejaman British kat Kuala Telemong. 2 Tahun kat sekolah tu, aku kembali semula ke Sekolah Kebangsaan Manir. Nasib kawan-kawan aku semasa tahun 1 masih ingat aku. 2 tahun kemudian, aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Teluk Menara. keputusan UPSR ku boleh dikatakan cemerlang lah jugak, aku meneruskan pembelajaran ku ke sekolah kluster, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas), antara sekolah paling top kat Terengganu. Aku bangga. :) . Mata pelajaran yang paling aku suka ialah Sejarah dan bahasa Melayu, aku tak pernah gagal dapat 'A' dalam apa-apa peperiksaan pun bagi 2 subjek tersebut. Result PMR juga bleh tahan, tak lah teruk sangat. Namun peperiksaan SPM merupakan tahun yang buruk bagi aku. Aku melingkup ke tingkatan 6, tapi Alhamdulillah, walaupun STPM Aliran Sains, dapat juga pointer yang cukup-cukup makan. aku terus menyambung pembelajaran ku di U.P.S.I untuk mendapatkan ijazah sarjana muda pendidikan.
*Sebenarnya aku tak nak bercerita panjang fasal sekolah tu, tapi tangan aku gatal nak menaip*
Cita-cita aku memang nak menjadi guru sejak kecil lagi, tak kisah guru apa pun. Sebab apa? Sebab aku suka suasana persekolahan, suasana sekolah, kalau bleh aku nak sekolah je sampai bila-bila, namun takdir dah menentukan aku untuk menjadi guru (InsyaAllah, jika diizinkan Allah, Amin). Perkara yang paling seronok bagi aku (hobi) ialah membaca buku sejarah dan buku bahasa, selain tu juga aku berminat gajet-gajet baru seperti telefon bimbit dan laptop. (Sekadar tengok kat kedai, tak mampu nak beli). Gadjet yang paling aku minat laptop berjenama Alienware, perrgghhh, body cantik, material terbaik. baik untuk game. tapi tak mampu nak beli, nak buat macam mana kan? sob, sob :( .


2 comments: