Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
(Mengantuknya)
Apa Khabar semua, korang mesti dah lena tidur kan? Aku terpaksa tulis entri ni tengah malam, dah beberapa hari aku tak boleh connect internet UPSI Jaring ni. Haisshhh, kerja ku habis tergendala. :( Apa pun, Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan olehNya untuk menaip. Kali ni Assignment aku mengenai penggunaan Microsoft Excel atau nama penuhnya Microsoft Office Excel. Aplikasi ni banyak kegunaannya. Dulu masa kanak-kanak dulu, aku guna untuk buat jadual je, sekarang dah macam-macam function dah. Aku di beri tugasan ini beberapa hari yang lalu (tak ingat hari apa) untuk membuat senarai pelajar dengan markah kuiz, markah peperiksaan pertengahan tahun dan markah peperiksaan akhir tahun untuk 20 orang pelajar. Selain tu, aku gak kena jumlahkan markah-markah tersebut, gredkan dan buat graf, butiran yang perlu ada dalam page (dalam Excel dipanggil sheet atau helaian).
Seperti kebiasaan, aku masih menggunakan software Microsoft Office Excel 2007. korang kena buka la, kalau tak nak buat macam mana kan?
Selepas korang buka, Microsoft akan paparkan plain dokumen macam ni(penuh dengan petak, jujurnya aku tak suka sangat guna Excel ni, bila dah tahu fungsi, aku terus jatuh Cinta, love sight)
Korang boleh edit nama helaian mengikut citarasa korang, korang nak letak nama ke, nama kucing korang ke, semua boleh, tapi aku tulis mewakili maklumat yang aku perlukan (Senarai nama, markah kuiz, markah peperiksaan pertengahan tahun, markah peperiksaan akhir tahun, gred, jumlah markah dan graf)
Mengikut arahan soalan aku, aku perlu menulis 20 nama pelajar Tingkatan 3 Melati, so aku tulis lah 20 orang, penat doew tulis nama, nak fikir banyak nama.
Aku menggunakan tanda equal '=' untuk copy senarai nama pada helaian yang lain (Rujuk gambar diatas)
cara-cara nak copy senarai nama selain menggunakan cara 'copy&paste' ialah seperti berikut:-
step 1: klik pada suatu kolum yang kosong pada helaian lain contoh helaian markah kuiz
step 2 : Taipkan tanda '='
step 3 : klik pada 'Nama' dan tekan enter
step 4: klik semuala pada helaian 'Senarai Nama'
step 5: klik pada hujung kotak 'Nama' dari nama pertama hingga nama terakhir
Helaian Gred dan Markah tidak memerlukan nama pelajar, aku saje buat helaian yang lain, tak la serabut sangat.
Ni pula helaian Jumlah Markah, aku guna cara sebagaimana cara aku menyalin Nama pelajar pada helaian lain. Tadaaa. dah lengkap markah yang perlu ada. sekarang hanya perlu tambah untuk mengira jumlah markah.
Nak dapatkan markah dalam software Excel ni mudah, tak perlu nak kira dengan tangan ataupun gunakan kalkulator, korang just ikut step-step yang disediakan di dalam Excel ni. Sangat mudah.
step 1: Korang perlu select markah kuiz dan markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun serta jangan lupa kena select juga kolum Jumlah markah, kalau tak nak dapat macammana jumlah markah.
step 2: Lepas tu korang cuma perlu klik fungsi 'Auto Sum' yang terletak dalam button menu 'Formulas'
step 3: Korang akan terus dapat jawapannya, mudah bukan?
setelah selesainya mengira jumlah markah setiap pelajar, korang perlu menentukan gred bagi setiap markah.
step 1: klik pada button fx yang terletak dibawah menu 'Formulas'
step 2: Sebaik sahaja korang klik button fx tu, satu petak akan muncul.
step 3: Dalam petaku tu korang mesti pilih VLOOKUP dan seterusnya klik 'ok'
Sebaik sahaja button ok ditekan, satu lagi kotak akan keluar, iaitu kotak untuk fungsi LOOKUP
step 1: Pada Lookup-Value, klik pada hujung dan browse markah yang hendak diberikan gred.
step 2: Klik pada Table-Array, pilih helaian markah dan gred dan haighlightkan pada kolum iaitu jadual skala gred. untuk merujuk kepada average ini sahaja, korang perlu menambah simbol $ diantara huruf dan nombor bagi sesuatu kolum (A$2:C$6).
step 3: pada col_index_num, taipakan nombor 2 (Sebab apa nombor 2? sebab nilai yang akan dikembalikan kepada lajur seperti gred).
step 4: Range_Lookup pula,korang perlu taip perkataan 'TRUE'
Inilah hasilnya, bukan senang-senang nak tulis ni, kena ada kemahiran macam aku(Bangga sebab first time boleh buat)
Sebaik sahaja korang tekan 'ok', gred akan keluar menunjukkan gred markah pelajar tersebut. Selepas muncul gred untuk pelajar pertama tu, korang perlu select bermula dari kolum gred pelajar pertama hingga pelajar yang last. Gred akan keluar dengan sendirinya berdasarkan skala markah. Sungguh Ajaib!!! Sekarang untuk bahagian graf, bagi aku nak buat graf ni rumit sedikit berbanding yang laen kerana graf menggunakan banyak fungsi.
step 1: Bina satu kolum 'GRED' dan 'BILANGAN'.
step 2: dibawah kolum 'BILANGAN', korang mesti guna simbol '='
step 3: Selapas tu, terus klik fungsi fx
Seterusnya, kotak fungsi fx akan keluar dan memaparkan pilihan-pilihan fungsi yang lain. Korang harus memilih 'Statistical' dan pilih fungsi 'COUNTIF' seterusnya tekan 'ok'
Kotak untuk fungsi 'COUNTIF'.
step 1; Korang perlukan pergi ke helaian Jumlah Markah dan highlightkan gred pelajar pertama sehingga pelajar terakhir. Jangan lupa tambah simbol '$' diantara huruf dan nombor kemudia tekan enter
step 2: Kemudian pergi ke helaian Markah Dan Gred dan highlightkan dari A+ sehingga TH(Tidak Hadir) dan mesti diselitkan dengan simbol '$'
Siap sudah maklumat graf yang akan dibuat. selepas selesai langkah itu, korang bolehlaa tekan 'ok' tu.
Untuk membina graf,
step 1: Korang kena select dahulu semua maklumat kolum GRED dan BILANGAN
step 2: Pilih 'Insert' dan klik column, banyak pilihan graf, tapi aku ambil yang ringkas sahaja.
step 3: setelah selesai memilih jadual, korang tekan je enter
Ini dia jadual yang sudah siap!!! Alhamdulillah, aku dapat menyiapkan tugasan aku. So, beginilah cara-cara menggunakan Microsoft Excel 2007 version. Kalau nak lebih advance, korang perlu belajar dengan guru-guru IT, aku cuma menunjukkan cara yang basic sahaja. Bolehlah aku melelapkan mata aku..
Sekian.....
Slot Machine Casino Site: No Deposit Bonus Codes
ReplyDeleteSlot Machine Casino is a licensed and regulated online casino from Curacao 카지노사이트luckclub licensed. It has been on the list of online casinos to give users an opportunity to play