Sunday, 8 March 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Amacam SPM? ok tak? Tahniah untuk yang dapat cemerlang dan juga yang kurang cemerlang. Pada yang kurang cemerlang, anda bukan tidak pandai, tapi anda kurang bernasib baik. Sejujurnya aku senasib dengan korang, sebab apa? aku pun dapat result SPM yang tidak cemerlang. Kalau diikutkan aku dah study siang malam, tapi nasib tidak menyebelahi aku. Tuhan dah aturkan yang terbaik. Selepas aku dapat keputusan SPM, aku tersangat lah sedih, dar badan yang fit dah jadi tembam, aku malu nak keluar rumah, segala-galanya sampaikan solat jumaat aku pergi kat masjid kampung sebelah. Selepas fikir secara rasional, aku sematkan dalam hati aku, "Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk aku, insyaAllah".


Semua saudara mara dan rakan-rakan aku memandang rendah terhadap ku. "Dulu kau cerdik, UPSR, PMR, dapat cemerlang, SPM teruk", antara ayat yang memecah gegendang telinga aku. Bila aku pergi jenjalan dengan kawan-kawan aku tak endahkan aku, sedih doew. cuma kawan baik aku je yang memahami aku. Aku terima kenyataan, aku meneruskan pembelajaran aku di SMK Ibrahim Fikri, STPM aliran Sains, aku mula bersungguh-sungguh. walaupun tidak cemerlang SPM, aku bersungguh-sungguh belajar. buang rasa malu. Aku nak bagitau korang, SPM bukan penentu segalanya, yang penting korang usaha, SPM hanya permulaan untuk segala-galanya. Alhamdulillah, STPM aku dapat keputusan yang agak baik, aku ada tips untuk korang

1) Kena yakin akan diri sendiri
2) Sentiasa berdoa dan lakukan ibadah, kalau boleh bangun malam
3) Jangan putus asa, selagi tidak melepasi apa goal korang
4) Yakin akan Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk diri kita
5) Anggap kita belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain
6) Bila mood down, ingat mak ayah, dengan cara tu, korang akan lebih bersemangat
7) Hormat mak ayah, dengar cakap mereka, hormat kepada guru

Kalau ikutkan, banyak lagi aku nak bagi tips, kalau aku bagi semua, sampai esok pun aku tak habis menulis. hahaha.
apepun adik-adik, berusaha lah, Jangan kenal erti putus asa, untuk berdoa, untuk belajar. Janganbiarkan diri anda terus jatuh, kadang-kadang orang yang tidak cemerlang SPM lebih berjaya daripada mereka yang berjaya.




tadaaa, ni lah universiti aku sekarang. Alhamdulillah, sekarang aku dah menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI),
By the way, good luck untuk korang, sentiasa berdoa ya, dan berusaha, kalau korang nak tanya apa-apa, silakan. insyaAllah tolong yang termampu.

sumber Gambar: Google

No comments:

Post a Comment