Thursday, 19 March 2015

Assignment ke-3 (Cara menggunakan Microsoft Excel )

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
(Mengantuknya)

Apa Khabar semua, korang mesti dah lena tidur kan? Aku terpaksa tulis entri ni tengah malam, dah beberapa hari aku tak boleh connect internet UPSI Jaring ni. Haisshhh, kerja ku habis tergendala. :( Apa pun, Alhamdulillah, aku masih diberi keizinan olehNya untuk menaip. Kali ni Assignment aku mengenai penggunaan Microsoft Excel atau nama penuhnya Microsoft Office Excel. Aplikasi ni banyak kegunaannya. Dulu masa kanak-kanak dulu, aku guna untuk buat jadual je, sekarang dah macam-macam function dah. Aku di beri tugasan ini beberapa hari yang lalu (tak ingat hari apa) untuk membuat senarai pelajar dengan markah kuiz, markah peperiksaan pertengahan tahun dan markah peperiksaan akhir tahun untuk 20 orang pelajar. Selain tu, aku gak kena jumlahkan markah-markah tersebut, gredkan dan buat graf, butiran yang perlu ada dalam page (dalam Excel dipanggil sheet atau helaian).



Seperti kebiasaan, aku masih menggunakan software Microsoft Office Excel 2007. korang kena buka la, kalau tak nak buat macam mana kan?



Selepas korang buka, Microsoft akan paparkan plain dokumen macam ni(penuh dengan petak, jujurnya aku tak suka sangat guna Excel ni, bila dah tahu fungsi, aku terus jatuh Cinta, love sight)





Korang boleh edit nama helaian mengikut citarasa korang, korang nak letak nama ke, nama kucing korang ke, semua boleh, tapi aku tulis mewakili maklumat yang aku perlukan (Senarai nama, markah kuiz, markah peperiksaan pertengahan tahun, markah peperiksaan akhir tahun, gred, jumlah markah dan graf)




Mengikut arahan soalan aku, aku perlu menulis 20 nama pelajar Tingkatan 3 Melati, so aku tulis lah 20 orang, penat doew tulis nama, nak fikir banyak nama.

















Aku menggunakan tanda equal '=' untuk copy senarai nama pada helaian yang lain (Rujuk gambar diatas)
cara-cara nak copy senarai nama selain menggunakan cara 'copy&paste' ialah seperti berikut:-

step 1: klik pada suatu kolum yang kosong pada helaian lain contoh helaian markah kuiz
step 2 : Taipkan tanda '='
step 3 : klik pada 'Nama' dan tekan enter
step 4: klik semuala pada helaian 'Senarai Nama'
step 5: klik pada hujung kotak 'Nama' dari nama pertama hingga nama terakhir



Helaian Gred dan Markah tidak memerlukan nama pelajar, aku saje buat helaian yang lain, tak la serabut sangat.





Ni pula helaian Jumlah Markah, aku guna cara sebagaimana cara aku menyalin Nama pelajar pada helaian lain. Tadaaa. dah lengkap markah yang perlu ada. sekarang hanya perlu tambah untuk mengira jumlah markah.


Nak dapatkan markah dalam software Excel ni mudah, tak perlu nak kira dengan tangan ataupun gunakan kalkulator, korang just ikut step-step yang disediakan di dalam Excel ni. Sangat mudah.

step 1: Korang perlu select markah kuiz dan markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun serta jangan lupa kena select juga kolum Jumlah markah, kalau tak nak dapat macammana jumlah markah.
step 2: Lepas tu korang cuma perlu klik fungsi 'Auto Sum' yang terletak dalam button menu 'Formulas'
step 3: Korang akan terus dapat jawapannya, mudah bukan?




setelah selesainya mengira jumlah markah setiap pelajar, korang perlu menentukan gred bagi setiap markah.
step 1: klik pada button fx yang terletak dibawah menu 'Formulas'
step 2: Sebaik sahaja korang klik button fx tu, satu petak akan muncul.
step 3: Dalam petaku tu korang mesti pilih VLOOKUP dan seterusnya klik 'ok'


Sebaik sahaja button ok ditekan, satu lagi kotak akan keluar, iaitu kotak untuk fungsi LOOKUP

step 1: Pada Lookup-Value, klik pada hujung dan browse markah yang hendak diberikan gred.
step 2: Klik pada Table-Array, pilih helaian markah dan gred dan haighlightkan pada kolum iaitu jadual skala gred. untuk merujuk kepada average ini sahaja, korang perlu menambah simbol $ diantara huruf dan nombor bagi sesuatu kolum (A$2:C$6).
step 3: pada col_index_num, taipakan nombor 2 (Sebab apa nombor 2? sebab nilai yang akan dikembalikan kepada lajur seperti gred).
step 4: Range_Lookup pula,korang perlu taip perkataan 'TRUE'




Inilah hasilnya, bukan senang-senang nak tulis ni, kena ada kemahiran macam aku(Bangga sebab first time boleh buat)



Sebaik sahaja korang tekan 'ok', gred akan keluar menunjukkan gred markah pelajar tersebut. Selepas muncul gred untuk pelajar pertama tu, korang perlu select bermula dari kolum gred pelajar pertama hingga pelajar yang last. Gred akan keluar dengan sendirinya berdasarkan skala markah. Sungguh Ajaib!!! Sekarang untuk bahagian graf, bagi aku nak buat graf ni rumit sedikit berbanding yang laen kerana graf menggunakan banyak fungsi.




Pertamanya, korang perlu membuat helaian baharu untuk,iaitu graf. Untuk mengelakkan berlakunya kekalutan dalam kekemasan jadual, buat dalam helaian baru is better laa compare kalau korang semakkan dalam helaian yang sedia ada.

step 1: Bina satu kolum 'GRED' dan 'BILANGAN'.
step 2: dibawah kolum 'BILANGAN', korang mesti guna simbol '='
step 3: Selapas tu, terus klik fungsi fx 



Seterusnya, kotak fungsi fx akan keluar dan memaparkan pilihan-pilihan fungsi yang lain. Korang harus memilih 'Statistical' dan pilih fungsi 'COUNTIF' seterusnya tekan 'ok'


Kotak untuk fungsi 'COUNTIF'. 
step 1; Korang perlukan pergi ke helaian Jumlah Markah dan highlightkan gred pelajar pertama sehingga pelajar terakhir. Jangan lupa tambah simbol '$' diantara huruf dan nombor kemudia tekan enter
step 2: Kemudian pergi ke helaian Markah Dan Gred dan highlightkan dari A+ sehingga TH(Tidak Hadir) dan mesti diselitkan dengan simbol '$'



Siap sudah maklumat graf yang akan dibuat. selepas selesai langkah itu, korang bolehlaa tekan 'ok' tu.


Untuk membina graf, 
step 1: Korang kena select dahulu semua maklumat kolum GRED dan BILANGAN
step 2: Pilih 'Insert' dan klik column, banyak pilihan graf, tapi aku ambil yang ringkas sahaja.
step 3: setelah selesai memilih jadual, korang tekan je enter




Ini dia jadual yang sudah siap!!! Alhamdulillah, aku dapat menyiapkan tugasan aku. So, beginilah cara-cara menggunakan Microsoft Excel 2007 version. Kalau nak lebih advance, korang perlu belajar dengan guru-guru IT, aku cuma menunjukkan cara yang basic sahaja. Bolehlah aku melelapkan mata aku..

Sekian.....












Wednesday, 18 March 2015

Tugasan 2 (Cara membuat sijil menggunakan Mail Merge)

Assalmualaikum dan selamat sejahtera,


I’m back. Be Boss for yourself my dear. Macam mana keadaan korang? Sihat? Aku harap semua sihat-sihat belaka. Sebenarnya aku dah lama nak masukkan entri ni, tapi masalah connection internet kat upsi ni. Aduhh, sakit hati pun ada. Tapi takpalah, kita redha je. Aku nak tunjuk kat korang semua cara-cara membuat sijil menggunakan mail merger. Setelah mendapat penerangan dari Encik Fadhil Harfiez, baru aku tahu, buat sijil ni mudah, aku sering terbayang bagaimana panat jerihnya orang yang membuat sijil yang berlambak-lambak kat sekolah tu, tapi rupanya anggapan ku melayang dibawa arus transparent. Hanya gunakan database sahaja. aku tertipu selama ini. Aku ingat lagi cikgu aku cakap, ‘kesian kat kerani yang buat sijil, penat mereka buat, awak semua harus hargai sijil ni’. Cukup disini cerita silam aku, jom tengok cara-cara nak buat sijil dengan mudah. 




Langkah pertama, korang hanya perlu menggunakan Microsoft Office. majoriti daripada korang mesti pernah guna, macam aku, aku guna Microsoft Office 2007 je, orang lain dah maju, pakai 2013 punya Microsoft Office, laptop pun mahal-mahal umpama bedil arsenal tuh. Aku ni pakai netbook 1Malaysia je (syukur).


Langkah Kedua: Pastikan Microsoft Office Word (MO Word) jadi macam ni(untuk pengguna 2007 sahaja)

Sijil yang diamanahkan oleh Encik Fadhil untuk aku buat perlu mempunyai butiran seperti berikut *Skema je ayat aku*
1)  Lencana sekolah
2) Nama sekolah
3) Jenis Sijil (Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan)
4) Nama pelajar (Pelajar yang mengambil bahagian)
5) Nombor Kad Pengenalan
6) Nama program
7) Anjuran
8) Masa dan Tarikh
9) Tandatangan pengetua


Nah, sijil lengkap aku, dah siap, sekali dengan nama jenis sijil dengan nombor kad pengenalan pelajar AKA peserta lagi *Nama dan nombor kad pengenalan adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia



Step 1: Banyak-banyak button kat menu atas tu, korang perlu pilih button Mailing.
Step 2: Korang kena klik dekat Start Mail Merge untuk memulakan pencantuman mel.
Step 3: Pilih pula Step by Step Mail Merge Wizard, kalau korang dah pakar, tak payah guna step by step ni




Selepas selesai tekan Step by step Mail Merge Wizard dekat button Start Mail Merge, menu kat tepi tu akan keluar, kat situ dia akan 'ajar' kita satu per satu cara nak buat mail merge ni.

Step 1: kita nak buat sijil kan, so, pilih format letter kat situ.
Step 2: Selesai je pilih letter tu, korang tekan Next untuk meneruskan step seterusnya.



Step 1: Oleh kerana aku nak guna sijil yang aku buat macam dalam gambar tu, aku guna pilih Use Current Document. 
Step 2: Tekan Next untuk step yang seterusnya.





Ni adalah bahagian penting, bahagian ni, korang akan lihat bagaimana nak masukkan data yang korang kehendaki.

Step 1:Pilih Type a New List
Step 2: Pilih Create
Step 3: Bila dah tekan button Create tu, dengan serta merta kolum dalam bulatan besar tu akan muncul, kat situ la korang nak tambah data tentang yang perlu.
Step 4: Perhatikan betul-betul, banyak kategori, tapi jangan bimbang sangat sebab kategori tu boleh di 'delete', dan boleh di 'add' dan boleh di 'rename'. buat ikut keperluan. Klik pada button Customize Column.




Sebaik sahaja klik pada button Customize Column ni, kolum dalam bulatan merah tu akan muncul. Disini lah terletaknya fungsi-fungsi delete, add dan rename kategori tu. Aku just tinggalkan tiga kolum iaitu untuk Jenis Sijil, Nama dan nombor kad pengenalan.Lepas tu aku rename kategori tu dengan nama yang aku nak. Katakanlah korang nak tambah kategori, hanya klik pada button add. Mudah kan?


Dah selesai aku manage data aku, penat umpama pergi bersawah. haha (Tak kelakar). Sekarang hanya tinggal 3 kategori, jenis sijil, nama dan nombor kad pengenalan. Korang perlu taip jenis sijil iaitu sijil penyertaan dan nama 5 orang pelajar termasuk kad pengenalan mereka dan juga sijil penghargaan dengan 5 nama pelajar yang sama disertakan dengan nombor kad pengenalan mereka. Senang bukan, tak perlu susah-susah pergi edit satu per satu sijil.



Selepas selesai je tulis data tu, jangan lupa save. Kalau tak, sampai bila korang tak boleh guna dat yang korang tulis tadi. (Aku yang tulis sebenarnya, muahaha).



Selepas korang save, list nama ni akan keluar dengan automatiknya, bila dah keluar list nama ni, tekan button ok untuk menggunakan data ini.



Langkah seterusnya, korang kena tukar Jenis Sijil, Nama dan Nombor Kad Pengenalan. Firstly korang kena highlightkan dahulu Jenis Sijil dan kemudian klik 'Insert Merge Field' dan pilih tajuk untuk Jenis Sijil. Cara yang sama juga untuk masukkan nama dan nombor kad pengenalan tu. Selesai je step ni, korang boleh la tekan preview result 





Tengok!! dah siap sijil aku, dengan bangganya aku mempersembahkan, sijil yang aku buat ini dengan nama yang pelbagai tanpa perlu mengedit satu persatu sijil. (Bangga dan kembang hidung). Lepas je puas hati, tekan 'Finish & Merge' and let it printed.




Fullview of my sijil. dah selesai.

beginilah cara membuat sijil dengan menggunakan mail merge ini. Mudah bukan? haha,so kalau korang ditugaskan untuk membuat sijil yang bertimbun-timbun, gunakan cara yang mudah ni. Selamat mencuba. Have a Good Luck











Sunday, 8 March 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Amacam SPM? ok tak? Tahniah untuk yang dapat cemerlang dan juga yang kurang cemerlang. Pada yang kurang cemerlang, anda bukan tidak pandai, tapi anda kurang bernasib baik. Sejujurnya aku senasib dengan korang, sebab apa? aku pun dapat result SPM yang tidak cemerlang. Kalau diikutkan aku dah study siang malam, tapi nasib tidak menyebelahi aku. Tuhan dah aturkan yang terbaik. Selepas aku dapat keputusan SPM, aku tersangat lah sedih, dar badan yang fit dah jadi tembam, aku malu nak keluar rumah, segala-galanya sampaikan solat jumaat aku pergi kat masjid kampung sebelah. Selepas fikir secara rasional, aku sematkan dalam hati aku, "Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk aku, insyaAllah".


Semua saudara mara dan rakan-rakan aku memandang rendah terhadap ku. "Dulu kau cerdik, UPSR, PMR, dapat cemerlang, SPM teruk", antara ayat yang memecah gegendang telinga aku. Bila aku pergi jenjalan dengan kawan-kawan aku tak endahkan aku, sedih doew. cuma kawan baik aku je yang memahami aku. Aku terima kenyataan, aku meneruskan pembelajaran aku di SMK Ibrahim Fikri, STPM aliran Sains, aku mula bersungguh-sungguh. walaupun tidak cemerlang SPM, aku bersungguh-sungguh belajar. buang rasa malu. Aku nak bagitau korang, SPM bukan penentu segalanya, yang penting korang usaha, SPM hanya permulaan untuk segala-galanya. Alhamdulillah, STPM aku dapat keputusan yang agak baik, aku ada tips untuk korang

1) Kena yakin akan diri sendiri
2) Sentiasa berdoa dan lakukan ibadah, kalau boleh bangun malam
3) Jangan putus asa, selagi tidak melepasi apa goal korang
4) Yakin akan Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk diri kita
5) Anggap kita belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain
6) Bila mood down, ingat mak ayah, dengan cara tu, korang akan lebih bersemangat
7) Hormat mak ayah, dengar cakap mereka, hormat kepada guru

Kalau ikutkan, banyak lagi aku nak bagi tips, kalau aku bagi semua, sampai esok pun aku tak habis menulis. hahaha.
apepun adik-adik, berusaha lah, Jangan kenal erti putus asa, untuk berdoa, untuk belajar. Janganbiarkan diri anda terus jatuh, kadang-kadang orang yang tidak cemerlang SPM lebih berjaya daripada mereka yang berjaya.




tadaaa, ni lah universiti aku sekarang. Alhamdulillah, sekarang aku dah menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI),
By the way, good luck untuk korang, sentiasa berdoa ya, dan berusaha, kalau korang nak tanya apa-apa, silakan. insyaAllah tolong yang termampu.

sumber Gambar: Google

Thursday, 5 March 2015

Assignment 1 (Pengenalan Diri)


Nama aku Muhamad Dzulfiqar Bin Ramli, Aku merupakan anak jati Terengganu, lahir 1994, jangan risau, muda agi. sekarang aku dah sambung pembelajaran ku di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI, jangan sebut UPSI, sebut U.P.S.I). Korang mesti kenal keropok lekor kan? kalau tak kenal JANGAN KAU SUDI MENJEJAKAN KAKI KE TERENGGANU, hahaha, guarau je. Jom melawat Terengganu, kebanyakan tempat masih mengekalkan ciri-ciri tradisonal. aku merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. aku membesar sepenuhnya di pinggir bandaraya Kuala Terengganu, erti kata lain kampung la. tapi kampung aku bukan macam kampung baru tu, kampung aku memang kampung betul, macam dalam movie Melayu, ada sawah padi, main wau, main guli, gasing, still ada kat kampung aku. Klasik kan? Kat tempat aku kurang menerima pengaruh bandar, sebab tu masih ada tradisi lama (membebel panjang pulak).
Zaman sekolah aku agak mencabar, dari satu sekolah ke satu sekolah aku pindah. Persekolahan ku bermula di TABIKA Kampung Kubang Palas, Hulu Terengganu. selepas tu, aku bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu, dekat dengan rumah aku. belum dapat ramai kawan aku dah pndah balik ke Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong. Knela Telemong kat mana? ala, dalam buku sejarah PMR, Haji Abdul Rahman Limbong tu, sekolah aku dekat dengan makam 11 pahlawan yang gugur menentang kekejaman British kat Kuala Telemong. 2 Tahun kat sekolah tu, aku kembali semula ke Sekolah Kebangsaan Manir. Nasib kawan-kawan aku semasa tahun 1 masih ingat aku. 2 tahun kemudian, aku berpindah ke Sekolah Kebangsaan Teluk Menara. keputusan UPSR ku boleh dikatakan cemerlang lah jugak, aku meneruskan pembelajaran ku ke sekolah kluster, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas), antara sekolah paling top kat Terengganu. Aku bangga. :) . Mata pelajaran yang paling aku suka ialah Sejarah dan bahasa Melayu, aku tak pernah gagal dapat 'A' dalam apa-apa peperiksaan pun bagi 2 subjek tersebut. Result PMR juga bleh tahan, tak lah teruk sangat. Namun peperiksaan SPM merupakan tahun yang buruk bagi aku. Aku melingkup ke tingkatan 6, tapi Alhamdulillah, walaupun STPM Aliran Sains, dapat juga pointer yang cukup-cukup makan. aku terus menyambung pembelajaran ku di U.P.S.I untuk mendapatkan ijazah sarjana muda pendidikan.
*Sebenarnya aku tak nak bercerita panjang fasal sekolah tu, tapi tangan aku gatal nak menaip*
Cita-cita aku memang nak menjadi guru sejak kecil lagi, tak kisah guru apa pun. Sebab apa? Sebab aku suka suasana persekolahan, suasana sekolah, kalau bleh aku nak sekolah je sampai bila-bila, namun takdir dah menentukan aku untuk menjadi guru (InsyaAllah, jika diizinkan Allah, Amin). Perkara yang paling seronok bagi aku (hobi) ialah membaca buku sejarah dan buku bahasa, selain tu juga aku berminat gajet-gajet baru seperti telefon bimbit dan laptop. (Sekadar tengok kat kedai, tak mampu nak beli). Gadjet yang paling aku minat laptop berjenama Alienware, perrgghhh, body cantik, material terbaik. baik untuk game. tapi tak mampu nak beli, nak buat macam mana kan? sob, sob :( .