Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam 1 Malaysia
Sekarang ni, ramai orang bercakap tentang GST, ada yang
beprasangka baik, ada yang beprasangka buruk. Walaupun GST menjadi topik
hangat, aku kena buat juga tugasan yang diberi. Nak dapat ‘A’. Amin, Insya-Allah.
Ok, Cukup rungutan aku kali ini, sebab akan datang aku nak merungut lagi. Ha Ha
(Mata kuyu)
Aku ditugaskan untukmembuat slide menggunakkan Micrisoft
PowerPoint. Oleh kerana netbook aku ni netbook cikai je (Alhamdulillah, netbook
1Malaysia, siapa cakap netbook ni tak berguna, aku pakai sampai masuk
Universiti, ok je), aku guna la Microsoft PowerPoint 2007. Bosan kan, asyik
2007 je. Dah ada yang ni, malas aku nak install 2010. Maybe tak sesuai dengan
netbook 1 Malaysia ni. Sorry(For what?).
Firstly, korang klik macam biasa, lepas tu keluar macam dalam gambar ni.
Bila dah keluar plain Microsoft PowerPoint macam ni, korang
buat apa yang korang nak. Menu kat atas tu menyediakan pelbagai aplikasi
seperti animasi, warna, font dan sebagainya. Tugas aku kali ini adalah
menyediakan slide bertemakan ‘Ini Kisah Saya’. Detail yang perlu ada dalam
PowerPoint tu ialah:
1)
Minimum 10 slide
2)
Isi seperti latarbelakang, biodata dan kisah
keluarga
3)
1 video
4)
Butang arahan
5)
Animasi dan grafik
Untuk memulakan pembikinan slide ni, firstly, aku format background, tapi mengikut kehendak korang la, ada yang nak format kemudian. bagi aku better format dulu coz senang nak sesuaikan font dari segi warna dan saiz.
step 1: Korang peru tekan right click pada tetikus korang,
step 2: Bila dah keluar kotak tu, pilih Format Background
Bila dah keluar macam ni, tekan je button file sepertimana dalam gambar. Selain tu, banyak lagi pilihan lain. aku fokuskan untuk format background menggunakan gambar.
Selepas klik je pada button file tu, keluar la kotak yang memaparkan folder. Owh!!, sebelum tu, korang save la gambar apa yang korang nak guna dalam slide tu.
Nah, ini dia, dah siap. Cantik kan?
Selepas tu, korang masukkan slide baru. Ada beberapa cara untuk menambah slide baru dan aku cuma bagitau korang 2 daripada cara tersebut.
Langkah Pertama: Korang pergi kat menu atas dibawah button home, lepas tu korang pilih New Slide. Klik je button tu, dekat dengan anak panah merah tu.
Langkah Kedua: Cara ni lagi mudah, korang cume tekan Enter pada keyboard komputer anda. Lagi senang bukan. Haha
Owh ya!! Sebelum aku lupa, aku nak bagitau korang cara untuk masukkan gambar ke dalam slide, bukan untuk background, tapi untuk slide, maklumlah, untuk menambah seri slide korang juga.
First aku kena letak gambar, senang je letak gambar ni, korang cuma save je dalam netbook korang untuk memilih gambar. Nak masukkan gambar dalam slide ada dua cara:
Langkah 1: Korang klik pada gambar dan copy(control C @ Klik kanan mouse)
Langkah 2: Korang Paste je kat mana-mana slide yang korang nak
Langkah 3: Korang tentukan saiz, nak kecil ke, besar ke, semuanya di tangan anda, pada kreativiti anda, tiada siapa nak marah.
Selepas siap, tba masa aku masukkan Hyperlink pada slide aku. Hyperlink ni berfungsi untuk menghubungkan antara slide dengan slide yang lain dengan mewakilkan simbol atau pun perkataan. Teknologi sekarang, semua benda boleh buat, kan??
Langkah Pertama : Klik pada mana-mana simbol, ataupun highlightkan perkataan yang korang jadikan sebagai hyperlink.
Langkah Kedua : tekan right click pada mouse korang, Pilih Edit Hyperlink apabila keluarnnya kotak seperti dalam gambar.
Sebaik sahaja korang klik Edit Hyperlink, kotak sepertimana dalam gambar akan keluar, pilih Button Place in This Document. Seterusnya korang pilih lah slide mana untuk di link kan(dihubungkan).
Setelah semua bahagian hyperlink, aku nak masukkan animasi dan grafik ke dalam slide aku.
Langkah Pertama : Klik button Animation pada menu di sebelah atas Power Point.
Langkah Kedua : Di bawah menu Animation tu, ada dua animasi, dari slide kepada slide lain, yang kedua adalah animasi untuk perkataan atau bentuk yang ada dalam satu slide
Untuk animasi bagi perkataan ataupun bentuk dalam satu slide, korang kena klik button custom animation,
Sebaik sahaj korang tekan button custom animation tu, kotak pilihan akan keluar ditepi power point (Rujuk gambar).
Kat kotak menu tu, banyak animasi kat situ, korang boleh pilih macam-macam animasi, nak melingkup ke, nak terbang ke, nak berlari ke, semua ada. Itulah kuasa Power Point keluaran Microsoft.
Setelah selesai, aku nak masukkan video. Malangnay video mengenai aku tiada, so aku guna video pengajaran. Untuk masukkan video didalam slide, korang kena tahu dahulu jenis video yang korang nak masukkan ke dalam slide. untuk Power Point, hanya video MPEG sahaja menepati piawai Power Point.
Langkah Pertama : Korang masuk pada slide baru, lepas tu klik je icon video tu. Kalau tiada ikon tu, korang pergi pada menu dan klik pada button insert, lepas tu klik pada insert movie yang diwakili oleh ikon segulung filem.
Pastikan video yang korang hendak masukkan di dalam slide sudah tersimpan di dalam komputer anda. Selepas klik pada ikon tersebut, kotak sepertimana dalam gambar akan muncul. Seterusnya pilih video yang sesuai.
Maka, sudah selesai sesi memasukkan video.
Untuk menambahkan lagi seri slide korang, korang boleh serta lagu semasa persembahan slide.
Langkah Pertama : Korang perlu klik pada button insert
Langkah Kedua : Korang perlu klik pada button sound yang diwakili ikon speaker.
Langkah Ketiga : Setelah keluar kotak tersebut, pilih lagu yang sesuai untuk slide. Untuk slide aku, aku guna minus one je, Muzik mendayu-dayu sedih gitu.
Sekarang, sudah selesai tugasan aku, aku harap Pensyarah dapat menerima hasil kerja aku ni. InsyaAllah.